• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Cedera Dipanah Petir Ketika Daki Gunung Rajah

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Seorang pendaki dikhuatiri cedera setelah dipanah petir ketika mendaki Gunung Rajah bersama-sama kira-kira 10 hingga 15 pendaki lain petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.23 petang sebelum tiba di tempat mula pendakian setengah jam kemudian.

“Laporan awal yang diterima menyatakan kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang cedera akibat dipanah petir ketika sedang mendaki Gunung Rajah.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum dapat memastikan tahap kecederaan yang dialami mangsa berikutan masalah talian komunikasi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya kejadian itu berlaku di antara kawasan Lata Kuning dan Kem Batu Hijau, yang terletak kira-kira 21 kilometer dari tapak mula pendakian dan mengambil masa enam jam untuk sampai di kawasan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 35 anggota Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Unit Smart Force Majlis Daerah Bentong serta orang awam mula memasuki kawasan itu secara berperingkat untuk menyelamatkan mangsa.

“Kita menjangka mangsa dapat dibawa turun pada 5 pagi Ahad.

“Bagaimanapun, sekiranya kecederaan yang dialaminya serius, mangsa akan dibawa turun malam ini juga menggunakan bantuan helikopter,” katanya. – BERNAMA

Tags: pendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd