• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Petani Resah Tanaman Kontan Terjejas Akibat Tiada Air

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Seramai 200 petani yang mengusahakan tanaman kontan di ladang seluas 400 hektar di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, resah tanaman mereka terjejas ekoran cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino.

Mereka yang mengusahakan tanaman seperti nanas, pisang, tebu, ubi kayu dan sayur-sayuran bergantung kepada sumber air hujan untuk tanaman berkenaan, namun ketiadaan hujan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan kawasan tersebut kekeringan.

Kumpulan petani berkenaan menjangkakan hasil tanaman ladang itu akan berkurangan kira-kira 50 peratus pada tahun ini berikutan fenomena tersebut.

Seorang petani, Che Abas Idris, 58, yang mengusahakan tanaman nanas di kawasan seluas 6.4 hektar, dan bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan, berkata ketiadaan air menyebabkan tumbesaran nanas yang berusia enam bulan, menjadi terencat.

“Pokok nanas ini boleh bertahan sehingga dua tiga bulan lagi sekiranya tiada hujan…ia tidak mati tetapi tumbesarannya akan terbantut,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke kawasan ladang berkenaan hari ini.

Hasim Yacob, 61, yang mengusahakan tanaman pisang di kawasan seluas 4.8 hektar, berkata beliau dan rakan-rakannya bimbang cuaca panas melampau itu, akan menyebabkan anak pokok pisang yang baru ditanam mati manakala yang hampir berbuah akan terencat.

Beliau berkata mereka tidak mampu mendapatkan sumber air alternatif sama ada dari sungai atau menggali telaga kerana membabitkan kos yang besar.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan melalui agensi berkaitan akan mendapatkan sumber air untuk ladang berkenaan.

Beliau berkata bekalan air akan diperoleh dari Sungai Sat dan Sungai Lanas, tidak jauh dari ladang berkenaan, atau dibina beberapa telaga di kawasan ladang tersebut.

Katanya antara agensi terbabit ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Jabatan Pertanian.

Mustapa berkata kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi petani dan rakyat amnya, berikutan fenomena El Nino dan usaha sedang dilakukan untuk meringankan beban mereka. – BERNAMA

Tags: kemarauPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

26/08/2023
0

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan...

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd