• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sita 26 Rumah PPR Kampung Muhibbah Puchong

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam tadi, selepas didapati menyewanya kepada warga asing atau dihuni penghuni tidak sah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Wan Mohd Ghazali Nor berkata kesalahan itu dikesan melalui operasi bersepadu yang dijalankan untuk mengesan penyewa rumah PPR yang menyalahgunakan kemudahan itu.

“Menerusi operasi ini, dua unit yang disewa kepada warga asing telah disita serta-merta manakala 24 lagi akan diberi notis 14 hari untuk mengosongkannya, sebelum disita kerana menyewakannya kepada penghuni tidak sah.

“DBKL tidak akan berkompromi kepada mereka yang didapati menyalahgunakan kemudahan rumah PPR ini untuk mengaut keuntungan … mereka menyewa hanya dengan harga RM124 tetapi sewakan semula dengan harga berganda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat-Syarat Penyewaan PPR DBKL, di PPR Kampung Muhibbah Puchong, Jumaat malam.

Wan Mohd Ghazali berkata semua penyewa rumah itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000.

Katanya sebelum ini, DBKL telah menyita dan merampas semula 114 rumah PPR atas kesalahan sama bagi tempoh Januari sehingga 22 April 2016 melalui siri Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: DBKLPPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd