• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Layak Piala Malaysia Hadiah Untuk Penduduk Melaka

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Layak ke saingan Piala Malaysia musim ini adalah hadiah skuad Melaka United untuk penduduk negeri ini, kata ketua jurulatihnya Mat Zan Mat Aris.

Menurutnya selepas sekian lama tidak beraksi dalam saingan Piala Malaysia, kejayaan melayakkan diri ke pertandingan bola sepak berprestij tempatan itu turut membakar semangat pemainnya untuk terus mencipta kejayaan.

“Layak ke Piala Malaysia bukan satu kelegaan tetapi lebih kepada satu pencapaian untuk kami, bukan sahaja kita gembira malah penduduk Melaka keseluruhannya turut gembira dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini Jumaat malam.

Beliau ditemui selepas pelawanan Liga Perdana antara Melaka United dan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini semalam yang berkesudahan tuan rumah menang 2-1, sekali gus menjamin tempat lima teratas dalam saingan pusingan pertama liga bagi melayakkan pasukan Sang Kancil ke Piala Malaysia.

Melaka United atau sebelum ini bersaing atas nama Melaka FA kali terakhir bermain dalam kempen Piala Malaysia pada 2009, tetapi pasukan itu terkandas pada peringkat kumpulan.

Ditanya mengenai persediaan Melaka United menghadapi Piala Malaysia, Mat Zan berkata sememangnya di atas kertas pasukan Liga Super dilihat lebih gah namun beliau percaya prestasi semasa ditunjukkan pemainnya mampu memberi cabaran kepada lawan.

“Memanglah pasukan Liga Super memiliki pemain import yang baik dan ramai pemain tempatan mewakili Malaysia, berbanding kita yang dibarisi pemain muda… tapi ini menjadi pengalaman untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur Ismail Zakaria berkata kegagalan pasukannya meraih sebarang mata malam tadi adalah kerana barisan hadapannya kurang menyengat.

“Saya puas hati dengan persembahan pasukan tetapi barisan hadapan saya kurang menyengat, cuma dapat gol pertama kemudian tiada lagi percubaan yang baik.

“Kami ketiadaan penyerang yang tajam, mungkin pada jendela perpindahan selepas ini kita cari,” katanya.

Beliau berkata permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang, namun keberkesanan Melaka United menyempurnakan peluang terhidang memastikan pasukan itu memungut mata penuh.

Kemenangan itu membolehkan Melaka United melebarkan jurang di persada Liga Perdana dengan memperoleh 21 mata selepas sembilan perlawanan manakala Kuala Lumpur di tempat ketiga walaupun berkongsi 18 mata dengan Negeri Sembilan di tempat kedua yang mempunyai kelebihan jaringan. – BERNAMA

Tags: Melaka UnitedPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd