• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Aktivis Dibenar Rujuk Isu Perlembagaan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tiga aktivis termasuk seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk merujuk isu perlembagaan berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Mahyudin Mohamad Som membenarkan permohonan mereka selepas mendapati persoalan-persoalan yang dikemukakan melibatkan isu perlembagaan yang memerlukan penafsiran daripada mahkamah lebih tinggi.

“Sehubungan itu mahkamah ini menggantung sementara prosiding di mahkamah ini sehingga permohonan selesai dan menetapkan 23 Jun untuk sebutan kes ini,” katanya.

ADUN Teja Chang Lih Kang, 36, pegawai khas Anggota Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip, 39, dan anggota PKR, Lee Chean Chung, 35, mengemukakan permohonan untuk mencabar beberapa isu iaitu sama ada Seksyen 4(1)(c), dan 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah bercanggah dengan perkara-perkara 8, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 8 Sept tahun lalu, mereka mengaku tidak bersalah menyertai protes jalanan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak di sini antara 4.30 petang dan 5.05 petang, 21 Mac 2015.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) APA 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka diwakili peguam Eric Paulsen manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Adilah Nordin. – BERNAMA

Tags: aktivismahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd