• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perisik Jerman Dakwa Pemisah Ukraine Tembak Jatuh MH17

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Agensi perisikan Jerman mendakwa kumpulan pemisah pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia, MH17 di Ukraine menggunakan peluru berpandu yang ditawan dari tentera kerajaan.

Laporan media hari ini menyebut, Kiev dan negara Barat sebelum ini mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 itu ditembak di udara pada Julai lalu oleh pemisah menggunakan peluru berpandu BUK sistem permukaan ke udara yang dibekalkan oleh Russia, namun dinafikan oleh Moscow.

Namun, ketua Agensi Perisikan Jerman (BND), Gerhard Schindler, berkata maklumat perisikan mendapati puak pemberontak menawan sistem BUK dari pangkalan tentera Ukraine dan melepaskan tembakan sehingga meletup berhampiran pesawat, demikian dipetik Majalah Spiegel.

Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas pada 17 Julai lalu ketika pesawat terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga Belanda.

Schindler berkata, dakwaan Russia bahawa misil berkenaan ditembak oleh askar Ukraine dan pesawat pejuang Ukraine dilihat terbang rapat dengan MH17 adalah tidak benar.

Beliau juga berkata, gambar yang dikeluarkan Ukraine juga sudah ‘dimanipulasikan’ namun laporan itu tidak pula menjelaskan gambar berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa mewakili Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin, segera menafikan laporan berkenaan yang dianggap tidak berasas.

“Tuduhan terhadap kami ini tanpa sebarang asas,” katanya kepada agensi berita Russia, Interfax sambil menambah, peluru berpandu BUK hanya mampu dilepaskan oleh pakar yang sudah terlatih.

Pada Julai lalu, pegawai perisikan Amerika berkata, pesawat kemungkinan tersalah tembak sehingga jatuh oleh askar pemisah yang kurang terlatih.

“Bekas pelombong yang hari ini mempertahankan negaranya tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan sistem yang serba canggih itu,” katanya.

Laporan siasatan awal Belanda yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan MH17 terkena ‘objek berkuasa tinggi’ namun tidak meletakkan pihak yang melakukannya. – AFP

Tags: MH17perisikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd