• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Ekstra Tertinggi Malaysia Punca Rumah Mahal Di P.Pinang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Caj-caj tambahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dikenakan ke atas pemaju menyebabkan harga rumah di bahagian pulau negeri itu melambung tinggi sehingga ke paras tidak munasabah.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan (REHDA) cawangan Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing kepada pemberita di sini yang dipetik portal AgendaDaily.

Beliau menjelaskan bahawa, caj yang dikenakan MBPP (dahulunya Majlis Perbandaran Pulau Pinang) juga adalah yang tertinggi di seluruh negara serta menyumbang kepada 15 peratus daripada kos keseluruhan sesebuah rumah.

Menurut beliau lagi, pemaju perumahan di Pulau Pinang yang mahu membina projek pangsapuri baharu perlu pada masa sama menjelaskan caj tambahan MBPP untuk membina rumah kos rendah dan kos sederhana.

Kata beliau, selain lampu jalan dan jalan raya, pemaju tempatan juga dikehendaki membina kemudahan-kemudahan awam untuk komuniti setempat seperti pusat penjaja, sekali gus menyebabkan kos rumah meningkat.

george-town-penang

Fook Sing berkata, kajian yang dilakukan oleh REHDA malah mendapati warga Kuala Lumpur secara umum berhadapan dengan masalah paling besar untuk memiliki rumah baharu diikuti oleh penduduk Pulau Pinang.

Beliau seterusnya berkata, secara kebetulan dalam keadaan kadar faedah yang ditetapkan begitu rendah, Bank Negara Malaysia sepatutnya menggalakkan orang ramai untuk membeli rumah sendiri pada tempoh sukar ini.

Ini kerana menurut Fook Sing, beliau tidak pernah melihat kadar faedah yang sebegitu rendah sejak menceburi bidang perumahan dan hartanah pada 1981 waima ketika dunia menempuh krisis ekonomi pada 1998 dan 2008.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek perumahan sebenarnya mengambil masa tujuh tahun bermula daripada perancangan pelaburan dan pembelian tanah hinggalah kepada pembinaan dan penyelenggaraan pasca jualan.

Beliau justeru berpendapat perumahan tidak dikategorikan sebagai projek yang menjanjikan pulangan lumayan kerana rumah yang dibina hari ini telah dirancang tujuh tahun lalu ketika suasana semasa yang jauh berbeza.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: beli rumahPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd