• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku Era 70-an, 80-an

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kejadian histeria yang menjadi sebahagian daripada tajuk utama selepas ia ‘menyerang’ beberapa buah sekolah di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini bukanlah satu perkara baharu.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, terdapat laporan kejadian sama berlaku dalam kalangan pekerja-pekerja wanita di beberapa buah kilang di Pulau Pinang.

Pada 13 Oktober 1972, akhbar The Star telah menulis tentang salah satu daripada kes histeria besar-besaran yang paling awal direkodkan, yang melibatkan 11 pekerja wanita di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, bomoh terpaksa dipanggil sebelum kira-kira 300 daripada mereka dapat kembali bekerja.

Pekerja-pekerja wanita telah diserang histeria selama dua pagi berturut-turut selepas kejadian sama menyerang sekumpulan pekerja di kilang berhampiran.

Pada 19 Oktober 1981, The Star telah menemuramah pakar psikiatri, Dr, Teoh Jin Inn yang mengulas bahawa ‘histeria adalah satu eskpresi permusuhan tanpa kekerasan fizikal’.

Pada 23 November 1989, The Star melaporkan bahawa kira-kira 40 operator pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas diserang histeria.

Dalam satu temu bual pada Khamis, bekas Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, M. Ramachandran berkata kes histeria terbesar yang pernah dihadapinya adalah pada tahun 1970-an dan melibatkan 600 pekerja di sebuah kilang tembikar di Kulim, Kedah.

“Di Pulau Pinang, saya telah dipanggil untuk membantu apabila histeria besar-besaran berlaku di enam atau tujuh buah kilang di sana antara tahun 70-an dan 80-an.

“Kebanyakannya adalah kilang elektronik dan kilang tekstil,” katanya.

Ramachandran berkata semua kes melibatkan wanita dan beliau tidak pernah melihat lelaki yang terjejas kerana histeria.

“Daripada pengalaman saya, ia bukan disebabkan oleh kuasa-kuasa ghaib.

“Histeria besar-besaran adalah disebabkan oleh tekanan di tempat kerja.

“Wanita-wanita itu keluar dari kampung mereka untuk bekerja di kilang-kilang. Mereka tidak biasa dengan persekitaran kerja dan tekanan daripada pihak atasan yang perlu dipenuhi, “katanya.

Kes terbaharu berlaku di Kelantan, di mana histeria besar-besaran melanda pelajar di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 11 April, dilaporkan menjejaskan lebih daripada 100 pelajar dan guru. – mStar Online

Tags: Histeriapelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd