• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Yakin Pulau Pinang Mampu Selesai Masalah Air

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kerajaan Kedah yakin dengan keupayaan kerajaan Pulau Pinang untuk menyelesai masalah air berikutan fenomena El Nino yang menyebabkan penyusutan paras air di Sungai Muda ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini kerana Pulau Pinang masih mempunyai bekalan air mencukupi yang disalurkan melalui Empangan Mengkuang.

“Mereka kata ada Empangan Mengkuang yang boleh menampung bekalan air selama empat atau lima tahun dan ketika inilah boleh menggunakan bekalan air dari empangan itu.

“Kita kena tengok keadaan di Kedah dan kalau kita lihat tidak perlu melepaskan air dari empangan untuk menampung kenaikan paras air, kita tidak boleh lakukan,” katanya selepas Merasmikan Kuarters Rumah Seri Kenangan, Bedong di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa meminta kerajaan persekutuan mengambil langkah segera untuk mengekang fenomena El Nino.

Jaseni dilaporkan berkata PBAPP amat prihatin tentang keadaan paras air di Sungai Muda kerana ia membekalkan lebih 80 peratus air ke negeri itu kerana ketika ini bekalan air dari Empangan Beris hanya mampu bertahan selama 30 hari, manakala Empangan Muda, 50 hari

Katanya itulah sahaja empangan di Kedah yang menyalurkan air bagi mengekalkan paras Sungai Muda dan jika keadaan itu terus berlaku ia dikhuatiri penyusutan air akan lebih serius di sungai berkenaan.

“Kami ingin tahu tentang pelan kecemasan Kedah…sekiranya paras air di empangan Muda dan Beris susut ke paras minimum daripada paras rezab sekarang, bagaimana ia akan terus menyalurkan air ke Sungai Muda?,” kata Jaseni.

Berikutan itu Ahmad Bashah berkata adalah lebih baik kerajaan Pulau Pinang memohon secara rasmi kepada kerajaan Kedah untuk membantu mereka menyelesaikan masalah air dan bukannya melalui media.

Sementara itu beliau mahu lebih ramai Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini berdaftar melalui Skim Insentif Pendaftaran OKU (SIP-OKU) bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada kerajaan.

“Sejak SIP-OKU dilancarkan pada 2014, hanya kira-kira 1,500 OKU yang berdaftar dan kita percaya masih ramai yang belum berbuat demikian. Bila mendaftar kerajaan boleh membantu sedaya upaya terhadap golongan OKU ini” katanya.

Ahmad Bashah berkata Kedah adalah negeri pertama yang memberikan insentif sebanyak RM100 kepada setiap OKU yang mendaftar selain mereka mendapat lebih 30 manfaat daripada skim berkenaan.

Mengenai kuarters itu Ahmad Bashah berkata sebanyak RM21 juta diperuntukkan untuk membina 35 unit kuarters untuk kakitangan rumah seri kenangan itu.

“Empat unit daripadanya adalah rumah yang mesra OKU,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd