• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Bekas Pemain T-Team Mengaku Tidak Bersalah Beri Keterangan Palsu

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Empat bekas pemain bola sepak pasukan T-Team hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi keterangan palsu berhubung kes mengatur perlawanan antara T-Team, Terengganu, Pahang dan Selangor pada 2014.

Keempat-empat tertuduh, Mohd Hafiz Mohd Noor, 26; Muhammad Shafiquddin Ibrahim, 25; Mohd Nazmeer Hisham Mohammad, 25 dan Mohd Hanifzam Muda, 26, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa prosiding di Mahkamah Sesyen 3, Kuala Terengganu, antara pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, 6 Mei 2014.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan keempat-empat tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Hakim Mohd Azhar Othman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 17 Mei depan bagi lantikan peguam dan sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah. – BERNAMA

Tags: mahkamahpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd