• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Punca Ular Cari Tempat Sejuk – Perhilitan

oleh
21/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua kes membabitkan haiwan berbisa di sekolah rendah sepanjang minggu ini membuka mata masyarakat tempatan mengenai isu perubahan iklim sejagat.

Satu kes di Kelantan dan satu lagi kes di Negeri Sembilan membabitkan pelajar dipatuk haiwan berbisa dipercayai ular di dalam kawasan sekolah menunjukkan bahaya baharu yang muncul berikutan iklim panas sekarang ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati dengan kemunculan haiwan liar atau berbisa mencari perlindungan daripada cuaca panas terik sekarang.

Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN, Fakhrul Hatta Musa berkata cuaca panas bukan sahaja memberi banyak kesan kepada kehidupan manusia malah turut memberi kesan keatas kehidupan haiwan buas.

Katanya lagi, haiwan-haiwan liar atau berbisa akan keluar dari habitat masing-masing kerana mereka juga tidak tahan dengan keadaan cuaca panas yang keterlaluan.

“Kebiasaannya haiwan seperti kera atau haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking akan mencari tempat-tempat untuk berlindung seperti kawasan yang berair dan kawasan yang sejuk.

perhilitan
Antara ular berbisa dirampas pihak Perhilitan. – Gambar hiasan

“Ada juga aduan yang diterima, kebanyakannya akan menyorok di dalam tayar terpakai dan pasu-pasu bunga yang tidak digunakan lagi, atau misalnya kera masuk ke dalam rumah dan membongkar tudung saji,” katanya.

Mengulas lanjut, Fakhrul juga berkata banyak aduan yang diterima oleh PERHILITAN akibat gangguan binatang turut semakin meningkat.

“Musim hujan dan panas, memang trend binatang macam ini keluar daripada hutan untuk mereka mendapatkan tempat perlindungan. Ini perkara biasa,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kemunculan haiwan-haiwan itu terutamanya mereka yang mendiami kawasan berhampiran hutan atau membuat aktiviti di kawasan hutan.

Jelas Fakhrul, kawasan seperti itu lebih berisiko tinggi untuk haiwan berkenaan datang dan bersembunyi.

“Kita menasihatkan agar masyarakat lebih berhati-hati terutamanya kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti seperti panjat gunung atau bukit dalam cuaca panas ini.

“Nasihat PERHILITAN kepada umum yang mahu pergi ke tempat-tempat rekreasi dan kawasan di sekolah yang berhampiran hutan agar kena berhati-hati,” kata Fakhrul lagi.

Beliau juga menasihatkan sekiranya terjumpa haiwan liar atau berbisa supaya laporkan segera kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (HOTLINE: 999) untuk bantuan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: El Nino – Ular Pun Cari Tempat Sejuk – JPAM

Tags: cuaca panasPerhilitanular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd