• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Amanah PNB Beri Peluang Rakyat Nikmati Kekayaan Negara

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Pengenalan pelbagai unit amanah oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah memberi peluang kepada rakyat untuk merasai dan berkongsi kekayaan negara melalui pelaburan dengan risiko paling minimum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan cara dan kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pengurusan unit-unit amanah itu, PNB telah berjaya memberi perlindungan kepada pelaburan rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah dana rakyat dalam pelaburan unit-unit amanah PNB setakat 31 Mac mencecah lebih 200 juta bilion unit berbanding hanya 36 bilion unit pada tahun 2000.

“Bagi tempoh yang sama, jumlah rakyat Malaysia yang mendapat manfaat daripada dana-dana unit amanah PNB telah meningkat daripada 7.7 juta pemegang akaun kepada 12.65 juta sekarang,” kata beliau ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham (MASM) 2016 di sini hari ini.

Mengenai MASM 2016, Najib berkata sejak mula penganjurannya pada 2000, acara itu telah berjaya menarik penyertaan lebih tiga juta rakyat Malaysia.

“Program ini amat tepat kerana pengetahuan rakyat Malaysia untuk melabur dan mengurus kewangan peribadi serta kewangan adalah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan.

“Kalau bijak merancang kewangan, perbelanjaan, mengurus kos sara hidup dan isu keberhutangan, maka kita akan menjadi seorang yang mampu menangani cabaran hidup dengan berjaya,” katanya.

Menurut Najib, salah satu isu penting dalam kehidupan seharian rakyat ialah tahap hutang isi rumah, yang kini berada pada tahap 87 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014 dan seterusnya meningkat kepada 89 peratus tahun lalu.

“Sebahagian daripada hutang isi rumah ini tidak dapat dielak kerana ia melibatkan pembelian rumah dan kereta. Hutang kad kredit dan hutang lain hendaklah dirancang dan dikawal sebaiknya,” kata beliau.

Menyentuh mengenai sumbangan RM700,000 PNB kepada unit hemodialisis Hospital Tapah, Najib berkata ia merupakan satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan penjagaan kesihatan yang memuaskan.

Unit Hemodialisis Hospital Tapah mula beroperasi pada April 2004 dengan 14 mesin dan sehingga bulan ini seramai 42 pesakit telah menerima rawatan.

MASM 2016 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’ berlangsung selama sembilan hari mulai hari ini dan pelbagai pameran serta aktiviti pendidikan pelaburan disediakan kepada para pengunjung.

Pada majlis itu Najib turut menyampaikan hadiah sebuah kereta Ford Fiesta Ecoboost kepada pengunjung bertuah.- BERNAMA

Tags: PNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd