• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 6,000 Pekerja MAS Akan Diberhentikan – Khazanah

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) akan termasuk pemberhentian kira-kira 6,000 kakitangan dari semua bahagian syarikat berkenaan, kata Pengarah Urusan Khazanah National Bhd, Tan Sri Datuk Azman Mokhtar.

Khazanah Nasional telah mengumumkan pelan pemulihan RM6 bilion untuk MAS yang akan menyaksikan syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu menyuntik kecekapan dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang berjumlah hampir 20,000 sebanyak 30 peratus dan memberi tumpuan semula ke atas laluan serantau yang menguntungkan, berbanding destinasi jarak jauh yang merugikan.

“Butiran terperinci masih diusahakan oleh MAS tetapi ia akan meliputi semua bahagian.

“Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan untuk pemberhentian, latihan semula kemahiran serta penempatan semula kakitangan,” kata Azman kepada pemberita selepas mengumumkan pelan 12 perkara bagi memulihkan MAS di sini hari ini.

Menurutnya, perbincangan telah diadakan pagi ini dengan kesatuan sekerja MAS mengenai pelan penstrukturan semula itu, tetapi enggan mendedahkannya.

Di bawah pelan 12 perkara itu, syarikat baharu yang dijangka ditubuh menjelang Julai 2015, akan mempunyai kira-kira 14,000 kakitangan.

Khazanah memiliki hampir 70 peratus saham MAS.

“Adalah penting syarikat baharu itu bermula dengan langkah yang betul di segi jumlah kakitangan serta amalan kerja,” kata Azman.

Khazanah - MAS

Khazanah akan melabur dalam pusat latihan semula kemahiran, yang akan ditempatkan di Subang, khusus untuk memberi latihan semula kakitangan MAS yang tidah berpindah ke syarikat baharu berkenaan.

Khazanah dan MAS juga telah mengadakan kerjasama dengan Scicom (MSC) Bhd dan Sutherland Global Services untuk menyediakan latihan kepada kakitangan MAS dan menyerap sebahagian daripada mereka. – BERNAMA

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd