• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Malaysia Guna Vaksin Denggi Diketahui Sebelum Jun

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan vaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia yang dihasilkan syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi hanya akan diketahui sebelum Jun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan itu akan dimuktamadkan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik yang ditubuhkan kementerian selesai mengkaji keberkesanan vaksin denggi berkenaan.

“Saya sudah minta pakar kita meneliti segala data sedia ada untuk mengesyorkan cara yang paling baik untuk vaksin tersebut digunakan, selepas itu baru kita akan buat keputusan.

“Memang kita semua mahu satu vaksin yang sesuai tetapi apa yang paling mustahak ketika ini adalah memastikan vaksin itu sebenarnya akan selesaikan masalah yang dihadapi oleh kita,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Makan Malam Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC) di Kuala Lumpur Golf and Country Club di sini malam tadi.

Jelasnya keputusan itu juga bergantung selepas kementerian meneliti segala jenis ubat yang sedia ada di negara ini dan dari luar negara serta mengambil kira cadangan yang dibuat komuniti teknikal Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Bagaimanapun, Dr Subramaniam berkata syarikat itu telah membuat permohonan untuk mendaftarkan vaksin berkenaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Sebelum ini, kementerian memaklumkan hasil kajian saintifik terhadap vaksin denggi pertama dunia itu didapati hanya mampu memberi perlindungan dengan keberkesanan sebanyak 47 peratus kepada penghidap demam itu sehingga memerlukan kajian mendalam diteruskan.

Semalam, agensi media antarabangsa melaporkan WHO telah meluluskan vaksin denggi pertama di dunia bagi memerangi penyakit bawaan nyamuk yang menjejaskan hampir separuh penduduk dunia.

Dengvaxia dibangunkan oleh Pasteur, cawangan vaksin Sanofi.

Ia telah menjalankan kajian ke atas penyakit tropika itu selama lebih 20 tahun dengan kos €1.5 bilion (kira-kira RM7 bilion). Ini termasuk kos pembuatan vaksin.

Setakat ini dilaporkan empat negara telah menerima vaksin itu iaitu Mexico, Brazil, El Salvador dan Filipina. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd