• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan Si Comel Tersangkut Tungku Dapur

oleh AK-47
19/04/2016
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SELAIN bergadai nyawa menyelamatkan jiwa dalam kebakaran, pasukan bomba turut menyerlahkan sifat penyayang mereka terhadap haiwan apabila menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut pada tungku dapur gas.

Tiada tugas yang dianggap remeh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika mereka menjalankan tugas. Sentiasa bersiap siaga menerima apa sahaja aduan dan sedia menghulurkan bantuan dalam apa jua keadaan.

Melalui satu posting yang dimuat naik oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia melalui laman sosial tempatan, kelihatan seekor anak kucing yang masih kecil tersangkut lehernya pada sebuah tungku dapur gas.

12990959_10153546900581762_6061119827978587266_n

Pemilik si comel ini segera membawanya ke sebuah balai bomba berdekatan untuk ditanggalkan tungku dapur itu daripada leher haiwan kesayangan ramai ini.

Ternyata, dengan segala kepakaran dan kelengkapan yang ada, pihak bomba berkenaan berjaya menyelamatkan haiwan malang itu daripada terus terseksa. Setelah itu, haiwan comel ini dikembalikan kepada tuannnya.

13006484_10153546900796762_4015023185990174335_n

13055437_10153546900746762_5244996681682624998_n

13062319_10153546900696762_6502345533526728962_n

12985417_10153546900661762_714029016091937864_n

13015664_10153546900841762_6499636396774538727_n

Memang lumrah seekor kucing pada umur sebegini suka bermain-main dengan semua benda. Sifat ingin tahu dan ‘kenakalan’nya kadang-kadang mengundang padah pada diri sendiri.

Rata-rata netizen yang melihat foto-foto yang dimuat naik itu memuji sifat murni ahli bomba dan pelbagai spekulasi yang timbul berkenaan aksi si comel ini.

Ada antara pengguna media sosial berseloroh mengatakan haiwan comel ini cuba untuk memasak, ada yang mengatakan si comel itu cuba menjadi seekor naga dan sebagainya.

Walau apapun yang dilakukan oleh haiwan comel ini, sifat ‘periang’nya berjaya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bombakucingsi comeltungku dapur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd