• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Darjah Satu Maut Dipatuk Ular Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hashim 1, Pengkalan Chepa di sini, meninggal dunia dipercayai akibat bisa ular ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Baharum Abu berkata Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dipercayai terkena patukan haiwan berbisa itu pada betis kiri ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya, kira-kira pukul 10 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baharum berkata mayat Nuriey Nadhirah kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat berkenaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan patukan haiwan berbisa,” katanya.

Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi dan dibawa gurunya ke klinik tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, melancarkan operasi mengesan haiwan berbisa di sekitar sekolah itu tetapi gagal ditemukan.

“Pihak jabatan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Ini adalah kejadian pertama kali berlaku di negeri ini yang melibatkan murid maut digigit haiwan berbisa di sekolah,” katanya.

Jaafar berkata JPN akan memberi kaunseling kepada murid dan guru di sekolah berkenaan bagi mengelak mereka trauma dengan kejadian malang itu.

Sementara itu, bapa mangsa Ruslan Ghazali, 33, percaya anaknya meninggal dunia kerana dipatuk ular.

“Ini kerana terdapat kesan seperti dipatuk ular di bahagian betis kiri anak saya,” katanya yang redha dengan kejadian yang menimpa anak sulung daripada dua beradik itu.

Ruang menunggu di Jabatan Forensik HRPZII diselubungi suasana pilu ketika anggota keluarga menunggu untuk menuntut jenazah Nuriey Nadhirah. – BERNAMA

Tags: muridular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd