SESUNGGUHNYA tiada tugas yang boleh dianggap kecil oleh pasukan bomba dan penyelamat walaupun kedengaran agak remeh.
Itulah yang berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia empat tahun berhadapan detik cemas apabila jari telunjuknya tersangkut dalam bakul plastik di Taman Nirwana, Ampang, Selangor, pada Ahad lalu.



Berikutan itu, sekumpulan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.
Jari kanak-kanak lelaki itu berjaya dikeluarkan selepas bomba memotong bakul plastik tersebut menggunakan peralatan khas.
Untuk makluman, pada mulanya bapa mangsa telah berusaha memotong bakul tersebut dengan pisau.
Bagaimanapun, akibat terlalu panik mendengar tangisan anaknya, lelaki itu terkena pisau tersebut pada tangan hingga mengalami luka yang dalam dan menyebabkan dia dikejarkan ke hospital. – MYNEWSHUB.CC

