• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Maria Chin Batal Pertuduhan

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan penganjur Perhimpunan Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah untuk membatalkan pertuduhan berhubung penganjuran perhimpunan itu dan memutuskan pertuduhan itu adalah sah dan berpelembagaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Shariff Abu Samah juga mendapati permohonan Maria Chin itu tidak mempunyai merit.

Beliau berkata pertuduhan terhadap pemohon adalah sah dan berpelembagaan kerana penganjuran perhimpunan yang tidak mempunyai notis pemberitahuan adalah satu kesalahan.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab pemohon untuk mengemukakan notis 10 hari sebelum adakan perhimpunan, kegagalan berbuat demikian adalah kesalahan jenayah.

“Akta Perhimpunan Aman 2012 dikuatkuasakan pada 23 April 2012, perhimpunan itu diadakan pada 29 Ogos 2015 iaitu selepas akta itu dikuatkuasakan, akta itu digubal oleh Parlimen dan ia tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Mahkamah memerintahkan pendakwaan dan pertuduhan terhadap Maria Chin di Mahkamah Sesyen diteruskan. Kes itu akan disebut semula pada 6 Mei ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan perbicaraan yang dikendalikan di Mahkamah Sesyen, oleh itu permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Maria, 60, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, didakwa sebagai penganjur gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos 2015, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Maria diwakili peguam Datuk S.Ambiga dan Arina Ong Xin Yi manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz. – BERNAMA

Tags: mahkamahMaria Chin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd