• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empangan Beris Kritikal – MB Kedah

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empangan Beris di Kedah disahkan berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan selama 30 hari, manakala empangan Muda pula berada pada paras berjaga-jaga dan hanya mampu bertahan selama 50 hari lagi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, empangan Beris berada pada paras 38.99 peratus manakala 93.73 meter atau 43 peratus bagi empangan Muda.

Bagaimanapun, dua lagi empangan utama iaitu Pedu dan Ahning masih berada pada paras selamat iaitu 68.9 peratus (91.53 meter) dan 75.4 peratus (106.89 meter).

Justeru katanya, kegunaan bekalan air untuk domestik dan pertanian adalah mencukupi, malah Kedah tidak berhasrat untuk melaksanakan catuan air buat masa ini.

“Belum perlu catu penggunaan air di Kedah tapi kita minta orang ramai bantu kita jangan bazir air takut dalam jangka masa panjang akan hadapi masalah sama seperti negeri-negeri lain.

“Cuma setengah daripada empangan di Kedah Utara sudah dibuka ke sungai-sungai untuk disalurkan ke bahagian selatan Kedah kerana banyak kolam takungan berada di kawasan utara jadi kita dah buka aliran air itu turun ke kawasan selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Penyampaian Bantuan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan penyampaian Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) kepada sejumlah 150 penerima di Kampung Tok Batin di sini hari ini.

Ditanya mengenai status bekalan air di Langkawi yang menerima bekalan air 50 peratus dari Perlis, beliau berkata ketika ini Perlis masih lagi belum membuat catuan air terhadap Langkawi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya meminta hotel-hotel di Langkawi yang menjadi tumpuan pelancong untuk membuat kawalan air dengan mekanisme tertentu bagi membolehkan penggunaan air dapat diminimumkan.

“Bagi kawasan-kawasan di luar bandar yang mempunyai tekanan air rendah kita juga minta Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk bantu penduduk melalui kontraktor dilantik untuk agihkan air,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahempangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd