• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid: Terimalah Hakikat Derma RM2.6 Bilion, Noktah

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang dari negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

Arab Saudi Sahkan Sumbangan Untuk PM ‘Derma Ikhlas’

“Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini… siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Expo Outreach Dana Bumiputera @Perak’ anjuran Pemuda UMNO Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.

Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh. – BERNAMA

Tags: DERMAZahid Hamidi
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd