• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Massa Ejen Penting Pembangunan Negara – Exco Terengganu

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Peranan media massa penting sebagai ejen pembangunan negara dalam merealisasikan matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Terengganu A. Latiff Awang.

Beliau berkata media massa bukan sekadar berperanan dalam memberikan maklumat kepada masyarakat tetapi lebih daripada itu.

“Risiko wartawan terdedah kepada fitnah masyarakat yang marah terutamanya dari segi pelaporan berita amatlah tinggi dan mereka ini memerlukan kekuatan mental dan emosi dalam menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Latihan Asas Kebombaan Media Siri Kedua 2016 di sini, semalam. Turut hadir Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai Abdul Razak Muda dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Ayob Mamat.

Latiff turut memuji usaha Kawat dan ABPM dalam mendedahkan pengamal media di negeri ini terhadap tugas pasukan bomba dan penyelamat.

Kursus dua hari itu diadakan di ABPM Wakaf Tapai bermula 15 April menekankan tiga modul penyelamatan iaitu di bangunan tinggi, jalan raya dan air. – BERNAMA

Tags: media massaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd