• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Hal Ehwal Luar UK ‘Menggaji’ Kucing Jadi Staf

oleh
16/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pejabat Hal Ehwal Luar Britain di sini kini berjaya menggajikan ‘pekerja’ baharu untuk tugas khas membasmi ancaman tikus iaitu seekor kucing, menurut laporan media tempatan baru-baru ini.

Kucing yang diberi nama sebagai Palmerston itu ‘diambil bekerja’ untuk menangani masalah tikus di bangunan pejabat tersebut di kawasan Whitehall di sini, lapor stesen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Menurut laporan BBC, Palmerston turut tinggal dalam bangunan tersebut yang terletak di kawasan cukup terkenal di ibu kota Britain, tempat rasmi kebanyakan menteri Kabinet dan diplomat kerajaan bertugas.

uk cat

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Luar Britain itu bahkan memberi jaminan bahawa langkah terbaharu mereka ‘menggajikan’ kucing tersebut langsung tidak akan membebankan pembayar cukai tempatan.

“Usaha ‘menggajikan’ Palmerston tidak akan membebankan rakyat langsung, kerana satu dana hasil sumbangan kakitangan akan digunakan untuk menampung semua aspek kebajikannya,” menurut pejabat itu lagi.

Ia juga menambah bahawa Palmerston diberi ‘jawatan’ “FCO Chief Mouser” dan kucing itu akan bantu petugas basmi haiwan perosak untuk mengurangkan jumlah tikus dalam bangunan di King Charles Street itu.

cat uk1

Menurut BBC, Palmerston, yang baharu berusia dua tahun, pada asalnya ditemui merayau-rayau di sekitar London. Ia malah kebuluran, kurus kering dan bekas pemiliknya itu tidak dapat dikesan sehingga kini.

Palmerston kemudian dibawa ke sebuah tempat perlindungan haiwan Battersea Dogs and Cats Home, jelas ketua kebajikan kucing jalanan di pusat tersebut, Lindsey Quinlan kepada portal berita tempatan Newsbeat.

“Ia seekor kucing yang yakin diri, gemar meluangkan masa bersama orang ramai dan suka diusap di dagunya. Kami yakin Palmerston akan tegas dalam ‘tugasnya’ itu sesuai dengan namanya sendiri,” kata beliau.

cat uk2

Menurut BBC, kucing tersebut mungkin diberi nama berkenaan sempena Lord Palmerston, mantan Perdana Menteri Britain yang disifatkan sebagai “tokoh yang popular dan berkarisma.”

Selain Palmerston, beberapa lagi ekor kucing turut tinggal dalam beberapa buah bangunan rasmi kerajaan Britain, yang kebanyakannya sudah usang usia dan mempunyai banyak masalah tikus.

Ini termasuk seekor kucing tempatan bernama Larry, yang sudah lama menetap di kediaman rasmi Perdana Menteri Britain di Nombor 10, Downing Street, sejak 2011 sehingga sekarang.

uk cat5

Perdana Menteri, David Cameron dalam satu wawancara media tempatan berkata, Larry terbukti bekerja keras dan berjaya membasmi masalah tikus di sekitar kawasan Downing Street.

Pemimpin parti Konservatif itu malah menambah, Larry rata-rata tidak suka dengan golongan lelaki, namun ia cukup mesra pula dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Menurut laporan BBC lagi, Larry juga mempunyai satu akaun laman sosial Twitter yang bukan rasmi, dan kini mempunyai lebih daripada 47,500 pengikut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Barack ObamaBritainDavid CameronDowning Streetkucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd