• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Sekolah Bakal Guna Kemudahan ICT

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan lebih banyak proses pembelajaran menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah-sekolah seluruh negara bersesuaian dengan teknologi itu yang kini menguasai dunia.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan ICT bukan sahaja memudahkan pengurusan di peringkat sekolah, malah amat diminati pelajar yang sekarang menguasainya dengan baik.

“Untuk menerajui dunia, kita perlu menguasai kemajuan dunia yang banyak didapati melalui penguasaan ICT yang semakin berkembang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Future Classroom My1lmu’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jerteh, di sini hari ini.

SK Seberang Jerteh dipilih sebagai sekolah perintis menggunakan sistem makmal dalam pengajaran dan pembelajaran di negara ini.

Idris berkata program tersebut yang memperkenal bilik darjah berkonsep futuristik menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif dengan penggunaan kemudahan peralatan ICT.

Katanya ia amat bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang berhasrat membuat perubahan besar terhadap pendidikan termasuk dalam memperkasa kemahiran ICT.

Idris meminta syarikat korporat turut membantu merealisasikan penubuhan kelas futuristik menggunakan makmal ICT berikutan langkah kementerian memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam merancakkan pendidikan negara.

“Syarikat korporat dialu-alukan mengambil mana-mana sekolah sebagai sekolah angkat bagi membolehkan mereka membuka makmal kelas futuristik yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM60,000 bagi kegunaan 100 murid dengan empat guru,” katanya.

Idris berkata Future Clasroom My1lmu yang merupakan program pendidikan pintar berjenama My1lmu telah diperkenal di beberapa negara seperti Taiwan, China serta Indonesia dan menghasilkan impak yang positif terutama dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa Inggeris.

Beliau berkata empat buah sekolah lagi dikenal pasti untuk program tersebut iaitu SK Kampung Baharu, Kuala Besut; SK Keluang, Kota Putera; SK Pasir Akar, Hulu Besut dan SK Jabi, Jabi; kesemuanya di Terengganu, dalam tempoh terdekat.

Turut hadir, Pengarah Urusan Weidu Sdn Bhd Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir. Weidu Sdn Bhd adalah syarikat korporat yang memperkenalkan proses pembelajaran menggunakan makmal ICT itu. – BERNAMA

Tags: ICTIdris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MSC Malaysia Dinamakan Semula Jadi Malaysia Digital

12/01/2022
0

KUALA LUMPUR: MSC Malaysia yang diperkenalkan pada 1996 akan dipertingkat dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia,...

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd