• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang, Kedah, Perlis Bakal Alami Krisis Bekalan Air?

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah dan Perlis berkemungkinan menghadapi krisis bekalan air bersih dalam tempoh beberapa minggu lagi disebabkan fenomena ‘Super El Nino’ yang sedang melanda Malaysia.

Ia berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa mengenai paras air di Empangan Beris yang semakin berkurangan.

Menurut Jaseni, kapasiti efektif Empangan Beris yang membekalkan air mentah kepada Sungai Muda sehingga 14 April 2016 cuma pada 38.3 peratus.

“Semasa musim kering, air dilepaskan dari Empangan Beris untuk mengekalkan paras Sungai Muda supaya Kedah dan Pulau Pinang boleh mengekstrak dalam kuantiti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan ketika cuaca kering.

“Lebih 80 peratus daripada air mentah Pulau Pinang diperolehi daripada sungai ini setiap hari. Berdasarkan kapasiti efektif semasa, air di Empangan Beris hanya mencukupi untuk tempoh 37 hari sahaja. Ini bermakna air untuk diekstrak oleh Kedah dan Pulau Pinang hanya mencukupi sehingga minggu ketiga Mei 2016 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jabatan Meteorologi menyatakan fenomena ‘Super El Nino’ akan terus berlaku hingga Jun 2016.

Jaseni berkata, kebiasaannya hujan yang ketara dijangka berlaku pada bulan April selepas musim kering pada Januari hingga Mac.

Bagaimanapun, katanya, jumlah hujan pada April 2016 setakat ini begitu ketara kurang daripada purata yang pernah dicatatkan.

Justeru, katanya, pihaknya meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembenihan awan secara besar-besaran dengan segera untuk mengelakkan kekurangan air di wilayah utara.

“Adalah jelas bahawa ‘Super El Nino’ menyebabkan perubahan drastik dalam corak taburan hujan di Pulau Pinang tahun ini. Senario hujan yang kurang juga berlaku di Perlis dan Kedah.

“Tanpa hujan yang sangat-sangat diperlukan dari pembenihan awan sekarang, penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mungkin menghadapi kekurangan air sebelum berakhir musim ‘Super El Nino’,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan kapasiti air di Empangan Air Itam cuma mampu bertahan untuk 59 hari lagi manakala Empangan Teluk Bahang selama 187 hari.

“Sehingga 14 April 2016, paras air Sungai Muda adalah 2.44 meter dan kami masih mampu untuk memperolehi air mencukupi untuk rawatan di Sungai Dua.

“Bagaimanapun, jika air Sungai Muda turun di bawah paras kritikal 1.50 meter, tiada cara lain untuk Pulau Pinang dan PBAPP untuk memperolehi air mentah lain untuk menampung kekurangan 80 peratus itu,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: bekalan airEl Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd