• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Pa Umum Pasukan Petugas Khas Pulih Proton

oleh
14/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN keputusan Kabinet pada 8 April 2016 meluluskan permohonan Proton Holdings Berhad menerima pinjaman mudah sebanyak RM1.5 billion, satu pasukan petugas khas dibentuk untuk memulihkan syarikat itu.

Perkara itu diumumkan sendiri dalam satu kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang melakukan lawatan ke syarikat tersebut di Shah Alam, Selangor pada 14 April.

Menurutnya, lawatan itu disertai beliau bersama-sama Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU di Jabatan Perdana Menteri.

Mereka mengadakan perbincangan lanjut dengan Pengurusan Tertinggi DRB HICOM dan Proton berkenaan pinjaman tersebut untuk membantu membuat bayaran tertunggak kepada syarikat-syarikat pembekal komponen.

Berikut ialah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut:

Pada 8 April 2016, Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan Proton untuk mendapat pinjaman mudah sebanyak RM1.5 billion.

Tujuan utama pinjaman tersebut adalah untuk membantu Proton membuat bayaran yang tertunggak kepada syarikat-syarikat yang membekalkan komponen kepadanya.

Susulan kepada keputusan tersebut pada 11 April 2016 saya bersama-sama dengan YB. Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Dato’ Sri Idris Jala, CEO PEMANDU telah mengadakan perbincangan  tindakan-tindakan yang akan diambil untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri.

Perbincangan lanjut telah diadakan di antara ketiga-tiga Menteri dengan Pengurusan Tertinggi Proton semasa lawatan ke syarikat tersebut pada 14 April 2016.

Perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan pada 11 dan 14 April 2016 ialah peranan Pasukan Petugas untuk memastikan semua syarat yang telah dikenakan oleh Kerajaan berkaitan dengan pinjaman mudah itu dipenuhi.

Pasukan Petugas yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Idris Jala di antara lain bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

(i) Memantau pelaksanaan pelan pemulihan perniagaan Proton dan menjadikannya berdaya maju dan berdaya saing;

(ii) Memantau pelan strategik bagi meningkatkan penguasaan pasaran dalam negara dan untuk menembusi pasaran eksport;

(iii) Mengenal pasti rakan strategik dari luar negara dalam tempoh terdekat untuk membantu Proton memastikan perniagaannya berdaya saing dan berdaya maju.

Pasukan Petugas tidak akan terlibat dalam operasi harian Proton. Ini merupakan tanggungjawab sepenuhnya pengurusan dan Lembaga Pengarah Proton.

Pasukan Petugas yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Idris Jala akan dibantu oleh wakil-wakil seperti berikut:

Wakil Sektor Kerajaan:
(i) YBhg. Dato’ Hj Nik Rahmat Nik Taib,
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri)
MITI

(ii) YBrs. Dr. Yusof Ismail,
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pelaburan Strategik
Kementerian Kewangan

(iii) YBhg. Datuk Yogeesvaran Kumaraguru,
Timbalan Ketua Pengarah (Makro),
Unit Perancang Ekonomi

Wakil Sektor Swasta

(iv) YBhg. Tan Sri Azman Yahya,
Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Symphony House Berhad

(v) YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly
Ketua Pengarah Eksekutif,
Celcom-Axiata Berhad

(vi) YBhg. Dato’ Hamirullah Borhan
Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti,
Maybank

– Mynewshub.cc/HAA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd