• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DCA Akan Laksana Kenaikan Yuran, Caj Secara Berperingkat

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan melaksanakan kenaikan yuran dan caj secara berperingkat bagi industri penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata keputusan itu dicapai susulan mesyuarat antara DCA dan syarikat penerbangan semalam, yang memohon kenaikan berperingkat supaya mereka boleh merancang bajet masing-masing dan mengelak kesan ke atas tambang udara.

“Mesyuarat itu berjalan dalam suasana yang mesra dan berhasil, kini pemegang kepentingan memahami hasrat dan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

“Mereka berkata kenaikan (yang dicadangkan itu) adalah terlalu mendadak kepada mereka. Jadi, perlu ada satu perancangan mengenai bagaimana kita boleh menaikkannya dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada industri.

“Intipati kepada isu tersebut ketika ini adalah ia tidak akan menjejaskan tambang udara,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Liow berkata sementara kajian semula yuran dan caj dijalankan, yang tidak pernah disemak lebih 40 tahun, yang mana ia tidak boleh dielakkan, DCA akan terus bekerjasama dengan penggiat industri supaya semua pihak akan memperoleh situasi sama menang.

Mengenai sama ada yuran dan caj baharu akan dilaksanakan seperti yang dirancang pada 15 April ini, Liow berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

“15 April merupakan tarikh sasaran namun ia bergantung bagaimana cepatnya mereka (DCA dan penggiat industri) boleh memuktamadkan perbincangan mereka,” katanya.

Beliau berkata pihak industri perlu memahami bahawa DCA akan dinaik taraf menjadi sebuah pihak berkuasa penerbangan awam yang memerlukannya mempunyai perkhidmatan, peralatan dan kakitangan yang lebih baik.

“Kami (DCA) turut meliputi pelbagai perkhidmatan yang luas. Jadi, semua ini memerlukan dana tambahan demi kebaikan industri,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata, caj baharu itu perlu dilaksanakan untuk memenuhi perancangan pengurusan trafik udara global oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang dikenali sebagai Naik Taraf Blok Sistem Penerbangan.

“Jadi DCA berbincang dengan syarikat penerbangan bagaimana kami boleh bersama-sama bergerak maju,” katanya.

Cadangan kenaikan yuran penerbangan dan caj perkhidmatan itu termasuk penggunaan ruang udara, kemudahan trafik udara serta lesen penerbangan juruterbang.

Berdasarkan caj baharu itu, kadar pengendalian penerbangan udara (ANFC) akan naik daripada lima sen setiap batu nautika sekarang kepada 50 sen untuk pesawat ringan tidak lebih 2,500 kilogram.

Bagi pesawat lebih besar seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos itu akan dinaikkan kepada RM1-RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10-25 sen sekarang, manakala bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika. – BERNAMA

Tags: DCALiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd