• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Teruskan Program Pembangunan Khairul Idham

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Boon Siew Honda Sdn. Bhd., syarikat pengeluar motosikal yang selama ini menjadi tunjang kepada perkembangan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi akan meneruskan program pembangunan yang dilalui pelumba itu sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Datuk Seri Tan Hui Jing berkata beberapa perancangan telah diatur untuk masa depan pelumba berusia 18 tahun itu termasuk kemungkinan menyertai kategori Moto2 pada masa depan.

“Pelan untuk Khairul Idham semestinya kita sudah ada tapi jangan tergesa-gesa. Kalau Khairul Idham dapat mengekalkan prestasi yang baik, kita (Honda) memang sudah ada pelan untuk dia.

“Kita juga masih meneruskan program pembangunan Honda yang dilalui Khairul Idham sejak lima tahun lepas. Kita akan tengok peringkat demi peringkat perkembangan prestasi beliau sebab kita tidak mahu beliau terlalu tertekan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tan berkata apa yang penting adalah sokongan daripada para peminat sukan permotoran tanah air dan seluruh rakyat Malaysia yang dapat membantu anak muda kelahiran Kampung Gajah, Perak itu terus bersemangat dan tidak putus asa untuk berlumba pada musim ini.

“Penting bagi kita memberikan sokongan penuh. Dia akan mengalami turun dan naik dalam perlumbaan dan jika kita berinya sokongan, saya pasti dia akan pergi lebih jauh.

“Apa yang penting kita mahu Khairul Idham melalui proses pembelajaran dalam setiap perlumbaan yang dilaluinya,” katanya yang yakin Khairul Idham atau lebih mesra dengan panggilan KIP, dapat muncul selaku juara keseluruhan.

Khairul Idham menyertai program pembangunan Honda pada tahun 2012 ketika umurnya baru mencapai 13 tahun.

Sepanjang lima tahun berganding bahu dengan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Asia Dream Cup dan Honda Jepun, Khairul Idham berjaya dibentuk dan mengembangkan bakat untuk menjadi pelumba bertaraf dunia.

Khairul Idham mencipta sejarah dunia apabila muncul pelumba Malaysia pertama berjaya meraih podium pada perlumbaan motorsikal Grand Prix Argentina, awal bulan ini. – BERNAMA

Tags: HondaKhairul Idham Pawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd