• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Boleh Wujudkan Facebook Sendiri Seperti China

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mewujudkan laman sosial ‘Facebook’ sendiri seperti yang diperkenalkan China untuk rakyatnya dalam usaha mengawal kenyataan berbau hasutan atau mengganggu gugat ketenteraman awam, kata Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selain itu, Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata pihak berkuasa juga perlu diberikan kuasa menyekat saluran laman sosial itu untuk suatu jangka masa tertentu, sehingga siasatan dilakukan terhadap individu terbabit.

“Secara rasmi pernah saya kemukakan cadangan ini kepada kerajaan dan peguam negara. Ia terserah kepada mereka.

“Apa yang berlaku dan dilakukan oleh China setakat mewujudkan Facebook mereka sendiri, boleh kita buat, bukan tidak boleh. Ataupun mengambil langkah-langkah pencegahan yang cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap dalam program penghayatan kemerdekaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sempena sambutan Kemerdekaan ke-57, di sini hari ini.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata perkara itu juga perlu dikaji dengan segera kerana aktiviti siber sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian namun pangkalan laman sosial dikawal negara lain.

“Jadi hal ini perlu dikaji dengan cepat supaya kita tidak jadi mangsa kepada mereka (pengendali laman sosial) yang begitu berkuasa,” katanya.

Menurutnya, walaupun Seksyen 3, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau Akta Ketenteramaan Awam boleh digunakan terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan berlebihan, namun proses mahkamah mengambil masa yang agak lama dan rakyat mungkin hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dalam pada itu Rais juga meminta parti politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan, sekolah, maktab serta sektor perkhidmatan awam memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

Katanya cara mudah untuk menonjolkan semangat cintakan negara adalah melalui mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada Ahad. – BERNAMA

Tags: facebook
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd