• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Safee Sali Sound KJ: RM100 Juta Lesap Senyap Begitu Saja

oleh AK-47
13/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin berhubung ranking Fifa pasukan kebangsaan yang semakin merudum, penyerang negara, Safee Sali meluahkan rasa kecewanya atas perkara tersebut.

Menurut Safee, dia berasa kecewa kerana pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain dipersalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap, senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh digunakan dengan duit sebanyak itu,” tulisnya di laman Facebook.

safee1

Dalam kedudukan terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap.

Ini antaranya seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Khaiy sebelum ini dilapor berkata kualiti Harimau Malaya seakan tidak boleh menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

“Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

“Apapun, maaflah… pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja.

“Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka,” kata Khairy.

Safee turut berkata pihak-pihak berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan hanya menyalahkan pemain.

“Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” kata Safee. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakFIFAKhairy JamaluddinSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd