BERIKUTAN menjadi viral rakaman video aksi ‘suamiku bergayut’ yang dipercayai berpunca daripada lafaz talak, keluarga lelaki terbabit meminta orang ramai agar berhenti dari menyebarkannya.
Difahamkan, salah seorang ahli keluarga lelaki terbabit telah menghubungi sebuah portal akhbar tempatan bagi merayu kerjasama orang ramai untuk menghentikan fitnah yang tersebar.
“Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.
“Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,†kata individu tersebut seperti yang dipetik menerusi laporan portal Sinar Harian.
Menurut individu lagi, dia juga tahu siapa yang merakam dan menyebarkan video itu kepada umum.
“Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.
“Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti…fitnah lagi bahaya dari membunuh…,†katanya.
Dia juga mempersoalkan adakah individu yang merakam dan menyebarkan video itu tidak merasa malu dengan perbuatannya itu.
Pengadu turut merasakan video itu sengaja disebar untuk memalukan ahli keluarganya.
Rakaman video aksi seorang lelaki memaut cermin hadapan sebuah kereta yang masih bergerak itu sehingga kini mendapat jumlah tontonan melebihi 1 juta pelayar di laman sosial facebook. – MYNEWSHUB.CC

