• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mati Kerana Saksi Bunuh Leka Rakam Kejadian

oleh AK-47
12/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita meraung kesakitan selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki do wilayah Dongguan, China, mencetuskan kontroversi luar biasa di Internet.

Apa yang menyedihkan ialah saksi kejadian tragis itu lebih mementing diri sendiri dengan merakam bibit-bibit insiden daripada melaporkan kes tersebut kepada pihak polis atau membantu.

Apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, semuanya telah terlambat kerana mangsa telahpun meninggal dunia.

Seorang lagi saksi mengatakan bahawa dia ‘terperasan’ pembunuh wanita itu melarikan diri, terus menelefon pihak polis, sekaligus berjaya melakukan tangkapan terhadap suspek.

Suspek dikatakan teman lelaki mangsa dan motif pembunuhan itu dipercayai bersifat cemburu akibat curang.

recorded_murder

Rakaman kejadian telah mencetuskan kemarahan dalam masyarakat di China dan tindakan perakam video itu turut dikecam hebat oleh netizen.

Salah seorang penduduk kawasan berdekatan lokasi kejadian itu berkata pada pihak media: “Jika saksi lebih proaktif dan minta bantuan segera, wanita tersebut tidak akan mati sia-sia sahaja.”

Ini bukanlah kes pertama melibatkan ‘pemerhati’ yang hanya bertindak pentingkan diri sendiri apabila menyaksikan insiden serangan merbahaya atau kemalangan tragis, lapor AsiaOne.

Senario yang digelar bystander problem atau masalah pemerhati ini menjadi satu epidemik yang sedang menular dalam kalangan rakyat negara China.

Minggu lalu, seorang wanita telah dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki di sebuah hotel di Beijing namun tiada seorang pun saksi kejadian tampil untuk bantu menyelamatkan wanita tersebut. Kejadian itu dirakam oleh kamera lintas tertutup (CCTV) hotel berkenaan.

Dalam insiden lain, sebuah rakaman CCTV menujukkan seorang lelaki yang sedang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan rebah di tepi jalanraya, hanya diperhatikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu. Dia kemudiannya meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seterusnya pada tahun 2012, sebuah video yang dimuatnaik ke dalam YouTube menunjukkan seorang wanita maut selepas ditikam oleh seorang lelaki. Kejadian itu berlaku semasa tengah-tengah hari rembang, dan seorang saksi turut dirakamkan melarikan diri daripada tapat insiden!

Akhir sekali, pada tahun 2011, satu video menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar oleh sebuah kereta dan hanya diperhatikan oleh orang ramai. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas kesakitannya tidak dipedulikan. - MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd