• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AIM Rugi RM8,500 Dalam Samun Bersenjata Di Kijal

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerugian kira-kira RM8,500 dalam kejadian samun bersenjata di Meraga Beris, Kijal di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika 50 sahabat AIM sedang melakukan proses bayaran mingguan kepada agensi itu di Bangunan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Meraga Beris.

“Tiba-tiba muncul seorang lelaki bersenjatakan parang panjang sambil melibas parang itu sebelum merampas tiga beg tangan yang mengandungi wang tunai.

“Suspek bertubuh kurus, tinggi, berkulit sawo matang dan memakai topi keledar bercermin serta menutup mulut dengan kain.

“Lelaki itu langsung tidak bersuara sebaliknya hanya melibas parang untuk menakutkan mereka yang ada dalam bangunan itu sebelum melarikan diri bersama seorang rakannya yang menunggu dengan motosikal di luar bangunan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pembayaran balik pembiayaan pinjaman sahabat AIM dilakukan setiap minggu dan ia adalah proses biasa dilakukan agensi tersebut.

Mohd Said berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai melarikan diri menuju ke Kijal.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: AIMkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd