• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Cerun Kritikal Dikenal Pasti Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 33 cerun kritikal dikenal pasti di Cameron Highlands yang memerlukan projek mitigasi dengan anggaran kos RM20.8 juta, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata empat daripada cerun itu memerlukan tindakan mitigasi segera dengan anggaran kos RM7 juta iaitu di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Evergereen Villa, Jalan Kuala Terla dan kawasan letak kereta Stesen Minyak Petronas Ringlet.

“Antara tindakan mitigasi yang dicadangkan adalah retaining wall, anchor, soil nail dan rock netting,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan RM7 juta bagi projek mitigasi di empat cerun kritikal itu.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sungai Ringlet dijangka bermula pada Ogos dan siap dalam tempoh satu tahun enam bulan.

“Projek ini dijangka mewujudkan kawasan bebas banjir seluas 190,000 meter persegi (19 hektar) dan apabila siap nanti ia akan memberi manfaat kepada 2,300 penduduk,” katanya.

Bagi memastikan penyelesaian menyeluruh untuk menjadikan Cameron Highlands sebagai kawasan bebas banjir, JPS sedang dalam peringkat mengenal pasti lokasi bagi pembinaan kolam takungan banjir di Hulu Sungai Ringlet, katanya.

Selain itu, Wan Junaidi berkata projek RTB di Sungai Bertam yang mula dilaksanakan pada November 2014 dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini.

Menurutnya komponen RTB Lembah Bertam itu adalah pembinaan lima buah jambatan, menaik taraf Sungai Bertam sepanjang 1.9 kilometer dan pembinaan empat ‘drop structure’ bagi mengawal hala tuju air.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM30.8 juta ini akan mewujudkan kawasan bebas banjir seluas 20 hektar yang akan memberi manfaat kepada 3,000 penduduk,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata seluas 150 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) akan ditanam dengan pokok pada tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM3.44 juta dalam usaha penghijauan Cameron Highlands.

“Inisiatif penanaman pokok ini akan diteruskan secara berfasa sehingga tahun 2020 melalui peruntukan sebanyak RM100 juta yang telah diluluskan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

Katanya sebanyak 25,207 pokok telah ditanam di kawasan HSK Cameron Highlands merangkumi keluasan 24 hektar pada tahun lepas.

Menurutnya masalah penebangan hutan untuk aktiviti pertanian melibatkan sindiket secara besar-besaran di Cameron Highlands sudah dapat diatasi.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata aktiviti penerokaan tanah melibatkan pekebun kecil masih berlaku dan kerajaan negeri Pahang akan mengkoordinasi petani terbabit mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Tanah dan Galian.

“Ada lebih seribu permohonan daripada pekebun kecil untuk mejalankan aktiviti pertanian kerana mereka ini memang sejak turun temurun menjalankan aktiviti itu untuk meneruskan kehidupan.

“Jadi, Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) atas dasar perikemanusiaan membenarkan pekebun kecil ini bertani,” jelasnya.

Wan Juanidi berkata dalam mesyuarat hari ini juga terdapat cadangan untuk mewujudkan tapak pembangunan komuniti baharu untuk penduduk dan tanah pertanian di Cameron Highlands yang melibatkan kos RM2 bilion.

“Projek ini amat baik dan Timbalan Perdana Menteri telah menyarankan supaya kertas memo dibawa kepada Kabinet untuk dibincangkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd