• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 2 Warga Iran Terlepas Hukuman Gantung, Dipenjara 20 Tahun

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua lelaki warga Iran yang sebelum ini dihukum gantung sampai mati kerana mengedar dadah, hari ini tersenyum gembira selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana memiliki dadah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim itu, menggantikan pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sekurang-kurang 10 kali sebatan.

Hakim Arifin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan terhadap Ali Jalayeridarbandi Mousa, 31, dan Vahid Aliakbaradeghabadi Abbas, 33, selepas membenarkan rayuan mereka terhadap hukuman gantung itu.

Pada 3 Sept, 2014 Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka terhadap hukuman gantung yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mendapati mereka bersalah mengedar dadah itu.

Hakim Arifin memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 12 Dis 2010. Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Selepas mendengar keputusan itu kedua-dua lelaki tersebut yang berada di dalam kandang tertuduh tersenyum gembira. Kelihatan anggota keluarga mereka yang hadir di mahkamah turut mengesat air mata kegembiraan.

Ali didakwa memiliki 203.9 gram methamphetamine manakala Vahid didakwa memiliki 269.6 gram dadah sama, di Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 3.45 petang, 12 Dis 2010.

Mengikut keterangan kes, dadah itu masing-masing dijumpai di dalam stokin kaki yang dipakai Ali, jurujual di syarikat pengeluar kasut dan Vahid, pekerja di syarikat pengeluar perabot, yang datang ke Malaysia untuk bercuti.

Semasa pembelaan, mereka masing-masing berkata dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri bagi menambah tenaga dan mereka menyatakan mereka mengambil dadah sisha sejak empat tahun sebelum mereka ditangkap di KLIA.

Mereka menyatakan memiliki dadah sisha di Iran pada masa itu (2010) adalah tidak salah dan mereka menyorokkan dadah itu ke dalam stokin kerana mereka tahu memiliki dadah di Malaysia adalah satu kesalahan.

Kedua-dua perayu diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad. – BERNAMA

Tags: hukuman mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd