• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Lulus BI: Mesyuarat Kedua Diadakan Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengadakan mesyuarat kedua dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan terbaru berhubung pelaksanaan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata mesyuarat kedua itu merupakan susulan mesyuarat pertamanya yang diadakan bersama pihak berkepentingan pada tahun lepas bagi mendapatkan pendapat mereka berkaitan perkara tersebut.

“Kami akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan pihak berkepentingan untuk memberitahu status terkini dan perancangan kita pada bulan ini atau bulan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Danajamin 100 di sini, hari ini.

Pada Ogos tahun lepas, Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris itu, yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun ini.

Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM dibuat pada 2013.

Mengulas mengenai majlis graduasi Danajamin 100, beliau berkata program kepimpinan yang dianjurkan oleh Danajamin Nasional Berhad itu membantu melahirkan modal insan berguna yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Danajamin 100 merupakan program pembangunan kepimpinan yang dilancarkan pada 2014 dengan memberi tumpuan kepada tiga elemen utama iaitu sahsiah diri, kepemimpinan dan kemahiran profesional.

Seramai 30 pelajar tingkatan empat dari sekolah PINTAR sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerima sijil penghargaan dan sumbangan RM1,500 dalam bentuk SSPN-i selepas menamatkan program kepimpinan selama tiga tahun.

Kesemua pelajar tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan potensi kepimpinan serta menjalani pelbagai aktiviti yang memfokuskan membentuk personaliti, nilai kepimpinan, komunikasi dan kemahiran profesional sepanjang tempoh program itu. – BERNAMA

Tags: P.Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamalanathan Nafi Kuota Pelajar India ‘One-Off’ Zaman BN

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee Malik berhubung tawaran 2,200 tempat kepada pelajar...

1,214 Sekolah Laksana Program Dwibahasa

03/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) yang mengukuhkan Bahasa Inggeris berasaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd