• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayani Air Cuai, Majlis Kahwin Lelaki Ini Berhadapan Risiko

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pergantungan Rayani Air menjadi mimpi ngeri bagi seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari raya kedua tahun ini di Sarawak.

Menurut Icad, 25, dia sudah membuat bayaran sebanyak RM800 untuk terbang ke Sabah dan juga Sarawak bagi tujuan itu.

“Bila Rayani digantung secara tiba-tiba, saya mula risau kerana semua penerbangan syarikat lain penuh ketika itu,” katanya ketika ketika mahu mendapatkan pemulangan kembali wangnya dari syarikat penerbangan itu di Shah Alam semalam.

Dia meluahkah rasa tidak puas hatinya kerana perlu tiba di Sarawak untuk melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinannya selepas Hari Raya tetapi kesemua syarikat penerbangan lain sudah penuh pada musim itu.

Selepas majlis itu, dia perlu pula terbang balik ke kampungnya di Sabah.

Keadaan itu menimbulkan rasa risau di hatinya kerana peluang mendapatkan tempat di penerbangan lain dalam musim puncak seperti itu amat sukar.

Bagaimanapun, atas ihsan dan belas kasihan dari syarikat penerbangan lain, mereka memberi jaminan akan menghubungi Icad jika terdapat penumpang yang membatalkan tiket mereka.

Namun perkara ini masih lagi menganggu Icad kerana tidak mempunyai satu kata putus yang tetap tentang penerbangannya.

Andai tidak ada penumpang yang membatalkan penerbangan mereka selepas raya ke Sarawak, maka majlis perkahwinan lelaki itu akan berhadapan masalah.

Apa yang lebih merisaukan, kemungkinan saudara-mara Icad yang sepatutnya terbang menggunakan perkhidmatan Rayani mungkin tidak dapat bersamanya di majlis perkahwinannya andai ada satu sahaja tempat kosong nanti.

Pada masa ini, Icad hanya berserah dan berdoa agar segalanya akan berjalan dengan baik.

Pihak Rayani Air hanya ‘melepaskan tangan’ dengan memberikan borang refund kepada Icad tetapi tidak dapat memberikan sebarang penyelesaian kepadanya atas masalah yang dihadapi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: masalahpatuh syariahRayani Airsyarikat penerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

19/07/2024
3

KUALA LUMPUR: Gangguan siber global telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia....

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

09/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd