• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Maklumat 2 Lelaki Uighur Masuk Ke Malaysia – Imigresen

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen tidak menerima sebarang maklumat mengenai kemasukan dua lelaki rakyat Turki etnik Uighur yang dilaporkan memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang disyaki merancang melakukan serangan ganas di Thailand, dikatakan meninggalkan negara itu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan dua lelaki itu memasuki negara ini.

“Kami sentiasa berjaga-jaga jika mereka masuk melalui pintu sempadan negara tetapi setakat ini tiada rekod yang menunjukkan mereka masuk ke sini.

“Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua lelaki itu masuk melalui laluan yang tidak diwartakan, ia memerlukan kerjasama daripada agensi keselamatan yang berkaitan untuk mengesan mereka,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah menerima maklumat mengenai perkara itu dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga selain menjalankan pemeriksaan yang ketat khususnya berkaitan dokumen perjalanan di pintu sempadan negara.

Semalam, Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana memaklumkan kepada Bernama, dua lelaki berkenaan sedang menuju ke Malaysia menerusi maklumat yang diterima daripada Pejabat Imigresen, Phuket.

Mereka disyaki merancang melakukan serangan ganas di Thailand terutama destinasi pelancongan popular seperti Phuket dan Koh Samui, yang dijangka sesak dengan pengunjung sempena Festival Songkran selama empat hari yang bermula 12 April.

Hujung tahun lalu, dua etnik Uighur China ditahan dan kemudian didakwa di Mahkamah Tentera Thai pada Februari lepas atas tuduhan terlibat dengan pengeboman sebuah kuil di Bangkok yang mengorbankan 20 mangsa dan lebih 120 orang cedera. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd