• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mr. Os Sertai Banyak Program Dakwah Sebelum Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon komedi popular, Mohd. Yusof Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Mr. Os terlibat dalam banyak program dakwah sebelum beliau meninggal dunia petang semalam.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, antara program dakwah yang disertai Mr. Os adalah Santai Bersama Murobbi bersama Ustaz Azhar Idrus.

“Di akhir usia beliau, allahyarham banyak terlibat dalam siri-siri dakwah. Bahkan, sehingga ke hari terakhir beliau, allahyarham sepatutnya bersama Ustaz Azhar Idrus dalam program Santai Bersama UAI & Mr. Os di Terengganu.

“Sesungguhnya, allahyarham mengakhiri perjalanan dunianya dengan kerja-kerja dakwah dan perjuangan Islam sehingga ke hembusan nafas terakhir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mynewshub.cc semalam melaporkan, dunia seni tanah air menerima berita sedih Mr. OS telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap kanser paru-paru di Hospital Selayang, Selangor dalam usia 55 tahun.

Difahamkan, Mr. Os mengembuskan nafas terakhir dalam keadaan berwuduk selepas selesai solat Zohor. Pada Mac tahun lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil.

Filem pernah dibintangi beliau antaranya Balik Kampung (1986), Mr. Os (1987), Kembar Siam (1988), Awang Spanar (1989), Orang Kampung Otak Kimia (1990), Cikgu Romantik (1993) dan Senario The Movie (2011). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mr. Os
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mr. Os Meninggal Dunia Selepas Solat Dalam Usia 55 Tahun

08/04/2016
0

DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon komedi popular, Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd