• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: 8,500 Hektar Sawah Di P.Pinang Kering

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Lebih 8,500 hektar sawah di Pulau Pinang mengalami masalah bekalan air sehingga menjadi kontang menyebabkan jadual

penanaman padi terpaksa ditangguh berikutan cuaca kering yang berlarutan sejak awal tahun.

Masalah itu menyebabkan kira-kira 50,000 pesawah terjejas dan terpaksa menangguhkan penanaman padi yang sepatutnya bermula Mac lalu selepas proses penuaian padi dilakukan Januari lepas.

Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang telah mula membekalkan air kepada 3,328 hektar sawah atau 40 peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman padi bagi membolehkan pesawah membuat persedian untuk menanam padi.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata pihaknya menjangkakan keseluruhan kawasan penanaman padi terutama di daerah Seberang Perai Utara (SPU) akan dibekalkan air menjelang Mei ini.

“Sejak minggu lepas, 1,546 hektar kawasan sawah di Seberang Perai Utara (SPU), 1,365 hektar (Seberang Perai Selatan), 305 hektar (Seberang Perai Tengah) dan 112 hektar di Barat Daya telah mula dibekalkan air oleh JPS dengan mengepam dari sungai berhampiran sawah.

“Kami jangkakan Mei ini semua kawasan penanaman padi dapat disalurkan air dan pesawah boleh menanam semula kerana mereka telah menangguhkannya sejak Mac lepas berikutan fenomena El Nino,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan penanaman padi di SPU di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Afif berkata kerajaan negeri sedia bekerjsama dengan kerajaan persekutuan untuk melakukan pembenihan awan supaya bekalan air di sungai meningkat bagi membolehkan ia dipam ke kawasan sawah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk kos lima hari pembenihan awam dan proses pembenihan awan itu perlu dilakukan di Baling, Sik dan Kuala Muda kerana punca air datang dari sana. – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd