• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Drama Rafizi Konon Bergari Jadi Bahan Lawak Netizen

oleh
07/04/2016
dalam Hangat, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hasrat Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menagih simpati orang ramai kononnya beliau ‘bergari’ ketika dibawa polis bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya nyata kantoi.

Sebelum itu, video beliau seolah-olah berjalan dengan kedua-dua belah tangan ke belakang seumpama tengah bergari dan diiringi anggota polis di kompleks mahkamah tersebut sudah viral di media sosial sejak lewat Rabu.

Bagaimanapun, dalam video sama yang dirakam dari sudut belakang dan disiarkan semua stesen televisyen tempatan, jelas menunjukkan tangan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya langsung tidak pun diikat bergari.

Lebih memalukan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu kerana status posting “digari seperti penjenayah” yang dimuatkan dalam Facebooknya bagi menarik simpati ramai terpaksa dipadam selepas dua jam ia dipaparkan.

Difahamkan status awal tersebut dimuat naik oleh pentadbir beliau sendiri bagi menyemai perasaan ‘benci’ rakyat kepada kerajaan sebelum drama pembohongan Rafizi mulai terbongkar dan diketahui netizen di seluruh dunia.

Status tersebut kemudian terpaksa diubah: “Sdr. Rafizi baru tiba di Istana Kehakiman Putrajaya, PERHATIAN: Malam ini kita berkumpul di depan Lokap Jinjang jam 9 malam solidariti #BebasRafizi… Sebarkan!!”

Buletin Utama TV3 malam tadi turut memaparkan berita sama dengan menunjukkan kedua-dua tangan Rafizi ke belakang seperti digari sambil dipegang tangan kiri dan kanannya oleh pegawai polis di lobi Istana Kehakiman.

Baca: Rafizi Ditahan Polis Kerana Dedah Maklumat OSA

rafiji auta1

Susulan itu, peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli terpaksa berdalih mengeluarkan kenyataan konon bahawa semua pihak perlu memahami prosedur kawalan ke atas Orang Kena Tangkap (OKT) yang dihadapkan ke mahkamah.

Dakwanya adalah amalan biasa pihak polis bagi situasi orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, ia bukan lakonan atau wayang mahupun menagih simpati, namun hanya untuk mengawal pergerakan OKT tersebut.

Bagaimanapun, ramai mesti ingat senario ini tidak pula berlaku terhadap bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membolehkan dirinya siap melambai tangan kepada penyokong yang hadir ke mahkamah.

Sekurang-kurangnya mantan ketua pembangkang itu lebih jujur kerana tidak pula ‘berlakon drama’ meletakkan tangannya seperti orang yang digari kononnya penjenayah berbahaya sebagaimana aksi selamba Rafizi tersebut.

Dalam pada itu, solidariti terhadap penahanan Rafizi diteruskan malam Rabu dengan hanya kira-kira 60 orang penyokong ‘bodoh’ PKR sanggup hadir bagi membantah tindakan polis menahan pemimpin pujaan mereka itu.

Begitu juga bantahan yang dibuat ahli parlimen pembangkang di depan Ibu Pejabat Bukit Aman pagi Rabu, cuma disertai sebilangan kecil antaranya ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Khalid Abdul Samad.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Rafizi Ramli
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd