• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Penyediaan Infrastruktur Internet Ambil Kira Faktor Geografi

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kos penyediaan infrastruktur kemudahan Internet di Malaysia lebih tinggi berbanding Singapura dan Thailand kerana faktor geografi negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau menjelaskan kos itu bagaimanapun masih pada kadar rendah jika dibandingkan dengan negara ASEAN lain yang Malaysia berada di tangga ketiga bagi kategori harga dan kemampuan jalur lebar talian tetap.

“Kos ini mengambil kira keluasan Malaysia berbanding dengan Singapura dan Thailand, di mana kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara ini,” katanya ketika menjawab soalan Wong Sze Phin @ Jimmy (DAP-Kota Kinabalu) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengawal atau menurunkan kos Internet yang tinggi.

erdahulu menjawab soalan Wong mengenai usaha kerajaan bagi meningkatkan kelajuan Internet di Sabah, Jailani berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.3 bilion untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif ke arah itu.

Inisiatif itu termasuklah projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 1 dan 2 (HSBB), projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Sabah dan Semenanjung ataupun Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M).

Jailani berkata antara hasil daripada pelaksanaan inisiatif tersebut dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan digunakan secara berkesan oleh pasukan penyelamat dan petugas media ketika berlaku gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun lepas.

“Kemudahan Pusat Internet 1Malaysia telah digunakan 24 jam sebagai pusat media dan pusat penyelamat yang membolehkan laporan dihantar kepada agensi penyelamat, hospital dan lain-lain dengan pantas,” katanya.

Mengenai persaingan bagi meningkatkan kelajuan Internet di negeri itu, Jailani berkata kementeriannya telah mengawal selia perkhidmatan Internet di peringkat pemborong supaya syarikat komunikasi yang lain turut boleh menggunakan rangkaian perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dikawal selia oleh Telekom Malaysia Berhad.

“Oleh itu, tidak timbul hanya Telekom Malaysia sahaja yang memonopoli perkhidmatan HSBB itu apabila semua syarikat telekomunikasi yang memiliki lesen penyedia perkhidmatan rangkaian boleh menyediakan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: internetJailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd