• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Bumiputera Perlu Ambil Peluang Ceburi Bidang Telekomunikasi

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Syarikat bumiputera perlu mengambil peluang menceburi industri telekomunikasi supaya tidak ketinggalan bersaing dengan syarikat global, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata usahawan Bumiputera perlu menjadi lebih kompeten dan berdaya maju untuk mengurangkan kebergantungan dan monopoli pihak tertentu dalam perniagaan itu.

Katanya ini sejajar dengan usaha Malaysia mencapai akses internet sekurang-kurangnya 95 peratus menjelang 2020, dengan memberikan kelajuan, kos berpatutan dan liputan meluas untuk masyarakat bandar dan luar bandar.

“Oleh itu, kita mahu lihat lebih banyak syarikat bumiputera terlibat dan bersaing dalam bidang seperti ini. Dalam dunia persaingan ini, kita tidak boleh hanya bergantung atau meraih sokongan daripada mana-mana pihak.

“Semuanya harus datang daripada usaha sendiri untuk maju ke hadapan dan membantu melonjakkan nama negara,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran jalur lebar Aries Infinity 1 Gigabit di sini hari ini.

Aries Infinity, yang dibangunkan oleh Aries Telecoms (M) Bhd (Aries Telecoms), merupakan teknologi jalur lebar Internet Protocal versi 6 (IPv6) terpantas di Malaysia, dengan kelajuan internet sehingga 1,000 Mbps (Megabit dalam sesaat) atau 1 Gigabit.

Justeru, Salleh berkata kunci kepada pencapaian kecemerlangan adalah dengan sentiasa meningkatkan keupayaan daya saing memandangkan wujudnya banyak teknologi baharu dalam negara ini.

Sambil memuji usaha syarikat Aries Telecoms menghasilkan jalur lebar itu, beliau berkata: “Saya bangga syarikat tempatan maju jaya kerana kurang syarikat tempatan menceburi bidang ini. Usaha ini amat dialu-alukan oleh kerajaan.

“Apa jua perniagaan pun, mesti ada perniagaan dan teknologi merupakan kunci kepada kejayaan itu. Kita mesti merancang masa hadapan serta berubah mengikut masa untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara.”

Sebelum itu, semasa menyampaikan ucaptamanya, Salleh berkata kerajaan mengiktiraf keperluan menerima pakai IPv6 bagi pembangunan negara kerana dunia hari ini bersedia beralih daripada Protokol Internet Versi 4.

“Pelbagai usaha seperti penubuhan Majlis IPv6 Negara dan menjadikan IPv6 sebagai satu daripada elemen-elemen pelan tindakan strategik Perkhidmatan Maklumat, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MyICMS),” katanya.

Sejak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan IPv6, Salleh berkata, SKMM tidak hanya bertindak sebagai badan kawal selia tetapi juga untuk memperkenalkan dan menggalakkan peserta industri menerima pakai teknologi baru.

Beliau juga menggesa lebih ramai sektor swasta untuk tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan Malaysia mempunyai infrastruktur bertaraf dunia untuk bersaing di peringkat global.

Mengenai jalur lebar Aries Infinity, Salleh berharap teknologi ini boleh diperluaskan lagi untuk meliputi segmen pasaran lain seperti komuniti pendidikan di negara ini.

“Aries Telecoms telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi pertama di negara ini untuk dilengkapi dengan jalur lebar yang paling cepat dan berkesan. Ini pasti akan meningkatkan reputasi Cyberjaya sebagai hab teknologi global, “katanya. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakTelekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

05/04/2020
0

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang...

Pakej Khas Internet Percuma Bernilai RM600 Juta

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd