• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Sertai 1000 Jemaah Tunai Solat Istisqa Mohon Hujan

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob malam ini menyertai 1,000 jemaah menunaikan solat sunat istisqa bagi memohon hujan di Masjid Tepian Putra di sini.

Solat sunat dua rakaat itu diadakan ekoran cuaca panas yang melanda negara sejak beberapa bulan lalu, diimamkan oleh Nuri Ali Arbain, bekas peserta program dakwah TV, Imam Muda.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Fadzilla Salleh.

Turut diadakan selepas solat sunat itu ialah bacaan Yassin dan majlis tahlil untuk anggota keluarga Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 Mac lalu.

Kakak Sharifuddin, Rosmani, 65, meninggal dunia selepas kereta yang dipandu anaknya Azhar Abdul Rahim, 44, terlibat kemalangan dengan treler di Kilometer 265.4 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Jelapang, Ipoh.

Turut meninggal dunia ialah anak Azhar iaitu Aizat Azhar, 18, dan Danial Azhar, 13.

Semasa itu, mereka dalam perjalanan ke Shah Alam bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) salah seorang mangsa yang belajar di Maktab Tentera Diraja (MTD). – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd