• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Sentiasa Pantau Setiap Anggotanya

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau secara serius setiap anggotanya daripada terjebak dalam perkara negatif dan tidak bermoral termasuk terlibat dengan kegiatan militan.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata proses pemantauan itu dibuat sepenuh masa secara berterusan.

“Malah, proses pengambilan perajurit muda, kursus, kenaikan pangkat dan tugasan ke luar negara perlu melalui tapisan yang teliti.

“Setakat ini tidak ada anggota tentera didapati terlibat atau menyertai kegiatan militan,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki dan wanita di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Kelmarin polis menahan 14 individu di Shah Alam, Selangor dan Damansara, Kuala Lumpur yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Dalam perkembangan lain, Raja Mohamed Affandi berkata ATM meletakkan anggota dan asetnya dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam termasuk banjir.

Katanya ATM mampu menggerakkan jumlah anggota yang mencukupi dalam setiap operasi menyelamat dan memindahkan mangsa mengikut keperluan dan keluasan kawasan banjir terlibat.

“Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah membuat lawatan ke tempat-tempat yang kita jangkakan berlaku banjir dan arahan yang dikeluarkan…jika berlaku banjir, kita akan segera memberi bantuan selaku responder pertama,” katanya.

Sebanyak 1,477 perajurit lelaki dan 29 perajurit wanita menamatkan latihan enam bulan mereka bagi sesi kali ini.

Mohd Tarmizi Hashim menerima anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, manakala Norashikin Mazlan (Perajurit Muda Akademik Terbaik), Mohd Najdi Muhammad (Perajurit Muda Kawad Terbaik), Kriner anak Seris (Perajurit Muda Jasmani Terbaik) dan Muhammad Asyraf Hazwan Muhammad Ridhwan Teh (Perajurit Muda Penembak Terbaik). – BERNAMA

Tags: ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd