• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Makin Kukuh, Kajian Firma Risiko Antarabangsa Jepun

oleh
06/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Firma kewangan antarabangsa yang aktif membuat kaji selidik mengenai risiko pelaburan, Kumpulan Nomura, mendedahkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia kekal kukuh.

Dalam laporan terbaharunya kepada pelanggan-pelanggan syarikat terkenal Jepun tersebut, imej pemimpin Malaysia itu didapati lebih kuat selepas pakatan pembangkang gagal menarik sokongan rakyat akhir-akhir ini.

Menurut laporan kajian risiko Nomura itu, penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama dengan ramai pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib sebenarnya langsung tidak mengugat kedudukan Najib.

Malah, kerjasama janggal itu menerusi Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat konon mengumpul sejuta tandatangan lebih menunjukkan kepincangan strategi pakatan tersebut, kata firma antarabangsa tersebut.

“Kami percaya Najib tidak akan akur dengan tuntutan sedemikian, seperti dapat dilihat melalui perkembangan politik tahun lalu,” kata kenyataan Nomura melalui laporan penuh boleh diperoleh dari laman web firma tersebut.

nomura

Menurut firma yang berpangkalan di Tokyo itu, sebahagian besar pemimpin pakatan pembangkang sendiri pun masih lagi meragui niat sebenar rancangan Mahathir mahu mencetuskan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

“Mahathir malah beri jawapan kurang jelas apabila ditanya siapakah akan ganti Najib sebagai Perdana Menteri dan sama ada musuh Mahathir, Anwar Ibrahim akan dibebas jika gerakan ini berjaya,” kata kenyataan Nomura.

Sementara itu, Kumpulan Nomura yang diasaskan pada 1925 dan mempunyai pejabat penyelidikan risiko tempatan di seluruh dunia; yakin Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Nomura bermula di Osaka lebih 90 tahun lalu dan kini memiliki pendapatan 1.4 bilion yen pernah menggegarkan dunia apabila mengambil alih firma sekuriti terbesar global, Lehman Brothers di Amerika Syarikat pada 2008 lalu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun RazakNomura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd