• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bagi Anjing Makan Daging Suami

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJORCA – Polis Sepanyol menahan seorang wanita warga Rusia atas tuduhan membunuh suaminya dan memberikan anjingnya memakan sebahagian tubuh mangsa di sini.

Svetlana Batukova, 46, dihadapkan ke sebuah mahkamah tempatan semalam berhubung pembunuhan suaminya Hans Henkels di pulau Laut Mediterranean itu.

Lelaki berusia 66 tahun itu mati selepas ditikam di rumah mereka di pantai peranginan Cala Millor di sini.

Svetlana kemudian mengelar lengan mayat suaminya hingga ke tulang sebelum memberikan anjingnya memakan cebisan daging mangsa.

Svetlanda yang mengaku menagih dadah mengambil masa beberapa jam selepas pembunuhan itu untuk menelefon polis.

Dia ditangkap dan ditahan di unit psikiatrik sebuah hospital sementara menunggu untuk dibawa ke mahkamah.

Penyiasat percaya mangsa yang baru-baru ini menjalani pembedahan salur udara dan mampu bercakap, mungkin diberi dadah sebelum kematiannya memandangkan tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia mempertahankan diri.

Svetlana yang berasal dari Novosibirsk, bandar ketiga terbesar di Rusia, sering memuat naik gambar dia dan anjingnya di Facebook.

Pasangan itu dilapor kerap bergaduh hingga polis terpaksa campur tangan beberapa kali sebelum kejadian kelmarin.

Laporan media tempatan berkata, wanita itu baru-baru ini menawarkan 50,000 euro (RM224,000) kepada lelaki yang dikenalinya di sebuah bar untuk membunuh suaminya. – Agensi/myMetro Online

Tags: isterikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd