• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tembak Penjara: Polis Siasat Hubungan Banduan Dan Petugas

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk hubungan banduan dan petugas penjara berhubung kejadian tembakan rambang di Penjara Alor Setar Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan berkata polis menyiasat sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati layanan warden penjara terhadap banduan yang mempunyai kaitan dengan suspek.

Katanya ini kerana banduan yang ditempatkan di penjara tersebut merupakan banduan yang masih dibicarakan di Mahkamah Alor Setar dan mungkin mempunyai kaitan dengan anggota kongsi gelap.

“Kita juga masih menunggu hasil analisa makmal forensik terhadap peluru senjata api yang digunakan sama ada pernah digunakan oleh penjenayah sebelum ini,” katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Koperal ke Sarjan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini.

Abd Jalil berkata hasil siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia antara 20-an ke 30-an itu bukan daripada kalangan penembak tepat.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tembakan itu untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam Khamis lepas, seorang lelaki tidak dikenali melepaskan enam das tembakan ke arah balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan di Penjara Alor Setar.

Dua suspek yang menaiki motosikal dikatakan berhenti kira-kira 10 meter dari balai pengawal sebelum seorang daripada mereka turun dan melepaskan tembakan rambang sebelum beredar dari tempat kejadian.

Sementara itu, Abd Jalil berkata pada majlis pemakaian pangkat tersebut, seramai 113 anggota polis berpangkat Koperal dari 11 daerah di negeri ini telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd