• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Tak Beri Nafkah Anak, Jimmy Shanley Tunjuk Bukti Resit

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONFLIK yang berlaku antara pengacara dan penyampai radio popular, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimi nampaknya semakin lama semakin panas.

BACA: Sesen Pun Jimmy Tak Pernah Beri Nafkah Anak! – Bekas Ibu Mentua

Pada minggu lalu, Nursuhaila yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari di Penjara Kajang, Selangor selepas Jimmy menfailkan perintah komital.

Susulan itu, keluarga Nursuhaila telah mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa Jimmy adalah bapa yang tidak bertanggugjawab malah tidak pernah memberi nafkah anak.

Bagi menjawab persoalan peminatnya, Jimmy menerusi laman Instagramnya baru-baru ini memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan resit pemindahan wang yang disimpan rapi dalam fail sebagai bukti yang dia pernah menghantar wang belanja atau nafkah untuk anaknya.

1

“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu, penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan.

“Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,” tulis Jimmy Shanley.

Menurut Jimmy, nombor akaun itu diterima daripada bekas ibu mentuanya sendiri selepas beberapa minggu berkahwin.

Semoga penjelasan Jimmy berkenaan nafkah ini dapat memuaskan hati peminat-peminatnya.

Jimmy dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010, namun sah bercerai pada Oktober 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Zahrah Rania. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jimmy Shanley
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sesen Pun Jimmy Tak Pernah Beri Nafkah Anak! – Bekas Ibu Mentua

01/04/2016
0

PADA Khamis lalu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Selangor telah memutuskan hukuman penjara terhadap bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila...

Hukuman Penjara Bekas Isteri Jimmy Shanley Jadi 3 Hari

02/04/2016
0

SHAH ALAM - Hukuman penjara ke atas bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi, diputuskan kekal oleh Mahkamah Rayuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd