• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Feri Sedang Dibaiki Terbakar Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sebuah lagi feri penumpang yang sedang dibaiki terbakar di sini hari ini menjadikan dua feri ditimpa nasib yang sama dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Dalam kejadian terbaru pada kira-kira pukul 10 pagi ini, feri Coral Island 1 yang sedang dibaiki di Jeti Pelancongan di sini mengalami kerosakan di bahagian dek tengah dan bilik kaptennya selepas dijilat api.

Pegawai Bomba Tinggi Mohd Zabidi Che Teh yang mengetuai operasi melawan kebakaran itu berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya 18 anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memadamkan api berkenaan.

“Siasatan awal kita mendapati, kebakaran itu bermula di bahagian dek tengah feri itu sebelum merebak ke bilik kapten. Punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau mengesahkan sebelum kejadian ini, sebuah lagi feri telah terbakar semasa dibaiki di Limbungan Boustead, Tanjung Lembong di sini pada 23 Mac lepas.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian itu, beliau berharap pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan untuk meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan kebakaran khususnya semasa cuaca panas ini bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang. – BERNAMA

Tags: FeriLangkawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd