• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Vietnam Tawar Khidmat Seks Kepada Anggota Polis Didenda

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 kepada seorang anggota polis, seorang pelancong Vietnam didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin memerintahkan Nguyen Thi Thuy Hua, 33, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Wanita itu didakwa menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 bagi sekali perkhidmatan kepada anggota polis itu di sebuah pusat hiburan, di Wisma Tong Ah, No 1, Jalan Perak, Dang Wangi di sini pada 9.30 malam, 24 Mac lepas.

Nguyen yang diwakili peguam Vincent Chew Zi Xian, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh, namun Vincent memohon hukuman denda minimum atas alasan tertuduh yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan perlu menanggung seorang anak.

Di mahkamah sama, seorang tukang gunting rambut warga Vietnam, Le Thi Duc Nhan, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM10,000 milik rakan senegaranya Tran Thi Thanh Nga.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat A-20-A, Mutiara Villa, Jalan Sahabat Off Jalan Tung Sin, Dang Wangi di sini pada pukul 7.30 malam, 12 Mac lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana tempoh sah pasportnya telah tamat dan menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: dendaseks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd